Tiga peniaga dihadapkan di Mahkamah Seksyen Alor Setar atas pertuduhan menyeludup 17 pati warga Myanmar di Plaza Tol Hutan Kampung. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Tiga peniaga dihadapkan di Mahkamah Seksyen Alor Setar atas pertuduhan menyeludup 17 pati warga Myanmar di Plaza Tol Hutan Kampung. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Tiga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar di Plaza Tol Hutan Kampung, November lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan ke atas Cheah Jui Huat, 50; Lee Kean Chuan, 40, dan Ling Khay Sing, 42, di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa menjalankan penyeludupan migran di Plaza Tol Hutan Kampung pada jam 9.25 pagi 26 November lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didapati memandu tiga kereta berasingan iaitu Proton Saga BLM, Proton Exora dan Proton Wira bagi membawa 12 wanita dan lima lelaki warga Myanmar.

Berikutan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih dari RM250,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syaliati Mohd Sobri, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Januari ini untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Disember 2021 @ 3:17 PM