IKMAL Hisham (tengah) bersama Khairy (dua dari kanan) dan Rina (dua dari kiri) mendengar taklimat pelaksanaan Ops Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Taman Sri Murni, Seksyen 25, Shah Alam.
IKMAL Hisham (tengah) bersama Khairy (dua dari kanan) dan Rina (dua dari kiri) mendengar taklimat pelaksanaan Ops Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Taman Sri Murni, Seksyen 25, Shah Alam.
Muhaamad Hafis Nawawi


Shah Alam: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz turun padang meninjau kawasan terjejas banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini, semalam.

Lawatan itu turut disertai Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun serta rombongan.

Tinjauan secara dekat itu dilakukan bagi melihat pelaksanaan Ops Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu membantu agensi terbabit dalam tugas menyelamat, memindahkan dan mengedar bantuan makanan serta keperluan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

Ikmal Hisham sebelum itu diberi taklimat operasi bagi mengenalpasti cabaran dihadapi agensi penyelamat.

ANGGOTA ATM memindahkan mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.
ANGGOTA ATM memindahkan mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Beliau bersama Khairy dan Rina kemudian melawat sekitar kawasan bencana sebelum menyampaikan 4,000 bungkusan makanan kepada mangsa banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 12:22 AM