IDHAM Nawawi. FOTO Ihsan Celcom
IDHAM Nawawi. FOTO Ihsan Celcom
BERNAMA

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Bhd (Celcom) memperuntukkan RM2 juta untuk bantuan banjir dan makanan kepada komuniti yang terjejas akibat banjir di KL, Selangor serta negeri lain.

Sementara, pasukan rangkaian Celcom diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dalam menguruskan sebarang gangguan kepada perkhidmatan di kawasan yang terjejas banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Datuk Idham Nawawi dalam satu kenyataan berkata, Celcom bekerjasama dengan rakan kongsinya seperti Malaysian Relief Agency (MRA), Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) termasuk pertubuhan bukan kerajaan serta agensi lain dalam membantu komuniti terjejas banjir.

"Pasukan Rangkaian Celcom telah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak 36 jam yang lalu, memantau dengan teliti tapak rangkaiannya di kawasan yang terjejas banjir.

"Celcom akan sentiasa berwaspada dan memastikan pasukan rangkaiannya sentiasa bersiap sedia untuk meminimumkan sebarang gangguan rangkaian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Disember 2021 @ 9:30 PM