Omar Ahmad


Kota Tinggi: Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan 21 pendatang asing tanpa izin (Pati) disahkan selamat, 10 maut manakala 29 masih hilang dalam kejadian bot pancung terbalik di perairan Tanjung Balau, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot terbabit dipercayai karam akibat cuaca buruk.

Katanya, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar memaklumkan menerima maklumat daripada Markas Taktikal Tanjung Sepang mengenai penemuan bot bersama Pati di pantai Tanjung Balau.

WAN Rafiuddin bersama penduduk mengalihkan pacuan empat roda dipandu ibu angkatnya, yang terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Bukit Perpat. FOTO Ghazali Kori
WAN Rafiuddin bersama penduduk mengalihkan pacuan empat roda dipandu ibu angkatnya, yang terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Bukit Perpat. FOTO Ghazali Kori

"Berdasarkan maklumat awal, dianggarkan seramai 60 Pati berada di dalam bot.

"Seramai 21 dilapor selamat dan 10 mayat ditemui pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM). Seramai 29 mangsa masih tidak ditemui," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, Maritim Malaysia mengaktifkan Op Carilamat pada jam 8.50 pagi dan mengatur gerak pesawat AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50 bagi mengesan dan mencari baki mangsa.

Berita berkaitan

10 Pati maut, 46 lagi hilang, bot pancung terbalik

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 11:45 AM