PEGAWAI Konsulat Indonesia melihat barang mangsa bot pancung yang karam di perairan Tanjung Balau, semalam. FOTO Nur Aisyah Mazalan
PEGAWAI Konsulat Indonesia melihat barang mangsa bot pancung yang karam di perairan Tanjung Balau, semalam. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Omar Ahmad.


Kota Tinggi : Hasil ujian saringan Covid-19 terhadap 14 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang selamat dalam kejadian bot pancung karam di perairan Tanjung Balau, semalam, adalah negatif.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) Johor Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa berkata, keputusan itu hasil saringan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sungai Rengit.

Katanya mangsa yang selamat terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita.

"Keputusan ujian saringan COVID-19 yang dibuat terhadap 14 mangsa yang selamat adalah negatif COVID-19.

"Difahamkan semua Pati yang sebelum ini ditahan di Pos Tanjung Sepang telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Informasi dan Sosio Budaya Konsulat Indonesia di Johor Bahru, Andita Putri Purnama dalam satu kenyataan berkata, Konsulat Jeneral Rapublik Indonesia (KJRI) akan memantau perkembangan pencarian dan identifikasi jenazah di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Mangsa yang selamat semalam, dibawa oleh Angkatan Tentara Malaysia (ATM) dan kakitangan KJRI Johor Bahru memberikan pendampingan kekonsuleran (pendataan dan verifikasi dengan anggota keluarga di Indonesia) serta memastikan tahap kesihatan mereka.

"Kakitangan KJRI Johor Bahru juga terus berkoordinasi dengan agensi kerajaan berkaitan untuk memantau perkembangan pencarian mangsa dan untuk identifikasi jenazah di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor.

"Untuk informasi mengenai mangsa bot karam, boleh menghubungi hotline KJRI Johor Bahru pada nomor: +6016-7700378 atau +6017-7716866,"katanya turut menasihati kepada warganegara Indonesia agar tidak menggunakan jalan yang tidak diwartakan untuk keluar dan masuk Malaysia.

Berita berkaitan

Lima lagi mayat Pati ditemukan

Bot 'tukar haluan' sebelum karam

Bot pancung terbalik, 21 Pati dilaporkan selamat [METROTV]

10 Pati maut, 46 lagi hilang, bot pancung terbalik

Cuaca buruk sukarkan operasi carilamat [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Disember 2021 @ 11:08 AM