ANNUAR menandatangani kain rentang simbolik merasmikan Program Komuniti Keluarga Malaysia di Warung Pak Belalang di Kota Samarahan, hari ini. FOTO Bernama
ANNUAR menandatangani kain rentang simbolik merasmikan Program Komuniti Keluarga Malaysia di Warung Pak Belalang di Kota Samarahan, hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuching: Kestabilan politik di Sarawak amat penting bagi memastikan negeri itu terus maju dalam setiap rancangan pembangunan yang selama ini menjadi teras di Bumi Kenyalang ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, situasi politik di negeri memainkan peranan penting dalam membentuk senario politik negara dengan mengangkat semangat Keluarga Malaysia.

"Politik negeri menjadi modal taruh yang penting agar ada kesinambungan dan kestabilan supaya Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam setiap rancangan kemajuan dan pembangunan yang selama ini menjadi teras pelaksanaan di Sarawak ini," katanya dalam amanat sempena Majlis Ramah Mesra Komuniti Keluarga Malaysia Negeri Sarawak, malam ini.

Beliau berkata, politik Sarawak adalah berpaksikan kestabilan dan menjadi tonggak pembentukan negara Malaysia.

Dalam majlis itu, Annuar turut meluangkan masa beramah mesra bersama komuniti keluarga Malaysia dari seluruh Sarawak melalui dalam talian selain menyempurnakan penyerahan watikah penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia di daerah Kuching.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 11:39 PM