LAPORAN portal MyMetro
LAPORAN portal MyMetro
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Empat lagi pelajar ditahan untuk membantu siasatan berhubung insiden buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan empat pelajar terbabit menjadi jumlah keseluruhan 10 pelajar ditahan setakat ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, enam pelajar yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi.

''Kita sudah menahan sepuluh pelajar setakat ini, empat lagi yang ditahan hari ini berusia antara 13 hingga 15 tahun.

''Empat yang ditahan hari ini kita akan bebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai,'" katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kesemua mereka ditahan untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan Klip video menunjukkan pelajar menjadi mangsa buli rakannya tular di media sosial sehingga mendapat kecaman warganet yang meluahkan kekesalan dengan kejadian itu.

Menerusi beberapa klip video yang tular itu, dilihat pelajar mengepung mangsa dan menumbuk perut pelajar lelaki itu sambil tertawa sesama mereka.

Berita berkaitan

Kepung, tumbuk perut pelajar

Kepung, tumbuk perut pelajar

Polis siasat kes buli di asrama

Enam pelajar ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 6:38 PM