GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Melvin Joni


Sibu: Lelaki warga Indonesia meninggal dunia apabila jatuh dari tingkat 1 Hospital Sibu, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Supritendan Collin Babat berkata, mangsa difahamkan mengalami kemurungan dipercayai akibat tertekan selepas menghidapi HIV, ditambah lagi disahkan positif Covid-19.

Katanya, kejadian itu adalah kali kedua mangsa cuba membunuh diri.

"Dia meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Collin berkata, mangsa yang merupakan buruh kilang pemprosesan makanan laut di sini dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 pada 1 Disember lalu.

Sehubungan itu, beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 4:01 PM