Gambar fail, Razarudin Husain. FOTO Bernama.
Gambar fail, Razarudin Husain. FOTO Bernama.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sudah berhubung dengan Polis Persekutuan Australia (AFP) berhubung penahanan rakyat Malaysia yang disyaki menyeludup dadah di negara itu.

"Kita cuba mendapatkan maklumat yang bernilai (bagi menumpaskan sindiket dadah)," kata Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Razarudin Husain.

Menurutnya lagi, maklumat merangkumi kumpulan atau sindiket penyeludupan dadah yang beroperasi di Malaysia, sekali gus rantaian edaran dan lain-lain.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya dalam membanteras kegiatan berkenaan habis-habisan.

Sebelum ini media melaporkan pihak berkuasa Australia menahan seorang warga Malaysia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta ke negara itu.

Dadah itu ditemui dalam kontena yang membawa jubin dari Malaysia ke Melbourne.

Lelaki yang tidak dinamakan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne pada Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 2:06 PM