GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekalan air di 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna, 6.30 petang ini, secara berperingkat.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam Facebook memaklumkan sehingga 9 pagi tadi, pelaksanaan kerja kecemasan telah mencapai tahap 55 peratus dan kerja pembaikan dijangka siap pada 6 petang.

Air Selangor turut memaklumkan bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya 6 petang esok dan tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Katanya pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden ini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 11:33 AM