GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Ahmad Hasbi


Seremban: Reman pemandu van yang terbabit dalam kes kematian kanak-kanak autisme, Nur Kasrena Darwisyah Mohd Khairul, 12 Oktober lalu disambung sehari lagi hingga esok.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan lanjutan reman itu.

"Sambung (reman) hingga esok," katanya, hari ini.

Pemandu lelaki berusia 34 tahun itu sebelum ini ditahan reman tujuh hari hingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Nur Kasrena Darwisyah, 8, meninggal dunia selepas ditinggal dalam van dipandu lelaki itu, selama tiga jam bermula 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Kanak-kanak itu sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman namun, pemandu terbabit tidak menyedarinya dan pulang ke rumah di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan.

Jenazah Nur Kasrena Darwisyah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sendayan, pada 3 petang, 13 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Oktober 2021 @ 6:26 PM