Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my


Seremban: Pemandu van yang membawa kanak-kanak autistik ditemukan meninggal dunia di dalam van dipandunya selepas tiga jam ditinggalkan dalam kenderaan itu direman tujuh hari, bermula esok.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan sehingga 18 Oktober depan bagi membantu siasatan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis menahan pemandu van terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 susulan laporan polis berhubung kematian mangsa.

Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman, di sini, oleh pemandu van berkenaan, petang semalam.

Bagaimanapun, pemandu van pulang ke rumahnya di Taman Nusari Bayu 2, tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam kenderaannya dari jam 2.30 hingga 5.30 petang.

Dalam pada itu, Mohd. Said berkata, urusan berkaitan hasil proses bedah siasat ke atas mangsa diserahkan kepada pihak doktor dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

Berita berkaitan

Budak autisme maut tiga jam terkurung dalam van

'Tunggu nenek di syurga ya' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Oktober 2021 @ 5:32 PM