KERJA penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dijangka siap sepenuhnya pada 11 malam ini. FOTO Air Selangor
KERJA penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dijangka siap sepenuhnya pada 11 malam ini. FOTO Air Selangor
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) berada pada tahap 83.9 peratus dan mengikut jadual setakat 5 petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal itu dijangka siap sepenuhnya pada 11 malam ini.

"Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat setelah sistem bekalan air telah distabilkan, dan dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam, 16 Oktober ini.

"Air Selangor telah menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan pusat pemberian vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian," katanya.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau laman sesawang www.airselangor.com.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Oktober 2021 @ 8:12 PM