AFFENDI Buang. FOTO Arkib NSTP
AFFENDI Buang. FOTO Arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan kebocoran data peribadi awam tidak membabitkan sebarang kebocoran atau ketirisan data pihaknya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM sentiasa menitikberatkan kerahsiaan semua data sama ada yang berada di dalam rangkaian tertutup atau terbuka.

"ATM memandang serius isu kebocoran data seperti yang dilaporkan kerana ia boleh mengundang kebimbangan masyarakat awam terhadap keutuhan sistem pemantauan serta keselamatan data ATM," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kebocoran maklumat empat juta data peribadi awam kononnya diperoleh melalui laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) ditawarkan untuk dijual.

Data peribadi awam itu didakwa membabitkan Application Programming Interfaces (API) yang dihasilkan untuk myIDENTITY di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 7:31 PM