FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Tiga warga India ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana cuba memberi wang rasuah kepada anggota polis selepas ditahan akibat ingkar prosedur standard operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), hari ini.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, seorang daripada suspek dipercayai cuba merasuah sebanyak RM2,900 kepada anggota polis supaya tidak diambil tindakan kerana ditahan akibat kesalahan berkumpul semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia sekali gus melanggar Peraturan Pelan Pemulihan Negara 17(1) Peraturan Pengawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2020.

"Ketiga-tiga suspek lelaki warga India berkenaan berusia lingkungan 30-an hingga 40-an dan bertugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri.

"Mereka ditahan kira-kira jam 3.30 petang di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, yang mana jika sabit ksalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara maksimum 20 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Dato Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tiga warga India berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 9:16 PM