Anggota bomba membantu mengangkat mayat lelaki yang ditemui dalam sungai berhampiran Kampung Permatang Pinang, Kuala Kedah. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota bomba membantu mengangkat mayat lelaki yang ditemui dalam sungai berhampiran Kampung Permatang Pinang, Kuala Kedah. FOTO IHSAN BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam sungai berhampiran Kampung Permatang Pinang, Kuala Kedah, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membantu polis mengangkat mayat itu pada 10.14 pagi.

Beliau berkata, dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jalan Raja diketuai Zulkiflee Mat Isa tiba di lokasi pada 10.27 pagi.

"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat mayat manusia berada di dalam sungai di kawasan itu.

"Anggota BBP Alor Setar memakai PPE lengkap dan membawa mayat itu naik menggunakan bot orang awam serta pengusung," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, mayat dibawa naik ke tebing pada 11.15 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 11.33 pagi dan setakat ini, identiti mayat itu belum dikenal pasti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 2:39 PM