GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Redzuan Muharam


Shah Alam: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menutup sementara operasi pusat pemeriksaannya di Segamat, Johor dan Miri, Sarawak mulai hari ini bagi proses disinfeksi dan sanitasi.

Puspakom dalam satu kenyataan media, hari ini memaklumkan langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Katanya, pembukaan semula semula kedua-dua cawangan berkenaan akan dimaklumkan kelak.

"Temujanji pemeriksaan akan dibatalkan dan bayaran berkaitan urusan itu akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari.

"Tempahan temujanji boleh dibuat semula apabila pusat pemeriksaan dibuka kembali seperti biasa," katanya.

Dalam kenyataan sama, Puspakom meminta pelanggan diminta untuk mengabaikan peringatan temu janji MyPUSPAKOM jika menerimanya sepanjang tempoh penutupan cawangan.

"Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 3:46 PM