GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Redzuan Muharam


Shah Alam: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) cawangan Pekan, Pahang tidak beroperasi mulai esok dan penutupan sementara itu bertujuan memberi laluan kepada proses disinfeksi dan sanitasi.

Puspakom dalam kenyataan media hari ini berkata, langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan semua pihak dan cawangan terbabit dijangka beroperasi semula pada 12 Disember depan.

"Bagi pelanggan yang sudah membuat janji temu pemeriksaan di cawangan berkenaan, bayaran dibuat akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari.

"Pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya," katanya.

Sebagai alternatif, pelanggan yang terjejas akibat penutupan boleh hadir ke cawangan berdekatan secara jumpa terus (walk-in) dengan membawa slip janji temu sebagai.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook Puspakom Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi Puspakom dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Disember 2021 @ 3:11 PM