ROGAYAH menunujukkan gambar arwah suaminya, Mohd Nazri yang menghidap penyakit buah pinggang dan
ROGAYAH menunujukkan gambar arwah suaminya, Mohd Nazri yang menghidap penyakit buah pinggang dan
Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: "Suami sempat hubungi saya dan memberitahu dia letih sebelum meninggal dunia di hospital awal pagi tadi," kata Rogayah Deraman, 52.

Menurut Rogayah, arwah suaminya, Mohd Nazri Hussain 55, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian selama tiga minggu sejak awal Ogos sebelum dipindahkan ke wad biasa petang semalam.

Katanya, ketika dipindahkan ke wad biasa, keadaan kesihatan suaminya adalah baik dan ditemani anak kedua mereka, Mohd Izuddin, 21, namun secara tiba-tiba arwah mengalami sesak nafas selepas ke tandas.

"Pada jam 4 pagi tadi, suami menghembuskan nafas terakhir di sisi Mohd Izuddin dan kami sekeluarga reda di atas pemergiannya kerana tidak sanggup melihat dia terus menanggung kesakitan akibat penyakit buah pinggang yang dideritai sejak lebih setahun lalu.

"Sebagai isteri, saya sudah melakukan yang terbaik sepanjang arwah mendapatkan rawatan di hospital, namun Allah SWT lebih menyayangi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rogayah berkata, jenazah arwah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Gong selepas solat Zohor.

Portal Harian Metro pada 14 Ogos lalu melaporkan, ibu kepada lima anak buntu apabila suami yang menjadi tulang belakang kepada keluarga bertarung nyawa ICU akibat komplikasi penyakit buah pinggang yang kronik dihidapi.

Rogayah yang tinggal di Pulai Chondong, Machang terpaksa menumpang di rumah anak saudaranya, Nora Yusoff, 45, yang terletak di Kampung Tanjong Mas, Pengkalan Chepa bagi mengurangkan kos ulang alik ke hospital untuk menjenguk keadaan suaminya.

Suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah terpaksa berhenti sejak setahun lalu selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 1:12 PM