ABDUL Manan (berdiri tengah) bergambar bersama sebahagian daripada 400 anak yatim dan golongan asnaf selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan, hari ini. FOTO Rosli Ilham.
ABDUL Manan (berdiri tengah) bergambar bersama sebahagian daripada 400 anak yatim dan golongan asnaf selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan, hari ini. FOTO Rosli Ilham.
Rosli Ilham


“ALHAMDULILLAH, sejak 15 tahun lalu mak cik tak pernah tercicir menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan daripada hotel ini," kata fakir miskin, Rogayah Aziz.

Rogayah, 62, adalah antara 400 golongan miskin dan anak yatim diraikan Hotel The Qamar Paka, Dungun pada majlis berbuka puasa, hari ini.

Rogayah berkata, sumbangan barangan makanan seperti beras, minyak, susu, gula, gandum dan sebagainya itu dapat digunakan pada sepanjang Ramadan ini.

"Saya sangat bersyukur kerana sejak 15 tahun lalu, saya diajak berbuka puasa di sini selain menerima barangan makanan dan duit raya.

“Sudah tentu, sumbangan ini amat bermakna kepada saya dan penerima lain,” katanya.

Sementara itu, Pengurus hotel terbabit, Abdul Manan Abdul Manaf berkata, program berbuka puasa dan sumbangan kepada golongan memerlukan itu adalah acara tahunan sejak penubuhan hotel itu 22 tahun tahun lalu.

Beliau berkata, ia adalah program tanggungjawab sosial korporat hotel berkenaan dan golongan penduduk miskin itu tidak pernah dilupakan.

“Selain majlis ini, kami membawa anak yatim membeli pakaian raya mereka.

“Malah, kami bekerjasama dengan Pertubuhan Karyawan Negeri Terengganu (KARYAWAN KREATIF) mengadakan program jengah sahur dengan mengagihkan makanan kepada waris pesakit, jururawat dan pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ, Kuala Terengganu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2019 @ 9:35 PM