FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Seberang Perai Selatan, di sini dibuka tengah malam tadi, selepas beberapa rumah dekat situ dilanda banjir kilat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, dua PPS berkenaan adalah di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung

(JKKK) Sungai Kechil dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jawi.

Katanya, berdasarkan laporan diterima, terdapat seramai 20 mangsa membabitkan lima keluarga ditempatkan di kedua-dua PPS berkenaan.

"Keadaan di PPS berkenaan berada pada tahap baik dan terkawal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hujan lebat sejak pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilaporkan dinaiki air.

Kawasan paling terjejas pada ketika ini adalah di Teluk Kumbar dan Balik Pulau.

Bagaimanapun, situasi itu masih dalam keadaan terkawal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 9:13 AM