SUSPEK ditangkap di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen kira-kira jam 6.30 petang semalam. FOTO Ihsan PDRM
SUSPEK ditangkap di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen kira-kira jam 6.30 petang semalam. FOTO Ihsan PDRM
Melvin Joni

Bau: Seorang lelaki yang disyaki merogol anak saudaranya berusia 12 tahun akhirnya berjaya ditangkap selepas sebulan diburu polis.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Taman Emas, Jalan Penrissen kira-kira jam 6.30 petang semalam.

"Suspek ditangkap dalam serbuan dijalankan pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama sepasukan polis Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi dan dadah serta kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan

Sementara itu, Poge berkata, usaha memburu suspek dibuat selepas mangsa ditemani ibu dan abangnya hadir membuat laporan di Balai Polis Siniawan kira-kira jam 10.47 malam, 19 Julai lalu.

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, suspek yang merupakan bapa saudara kepada mangsa merogolnya di dalam kereta di kawasan hutan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Ogos 2021 @ 5:31 PM