DATUK Ahmad Yakob (tiga kanan) menyantuni salah seorang penerima suntikan vaksin ketika meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Guchil, di sini, hari ini. FOTO ihsan MEDIA EXCO
DATUK Ahmad Yakob (tiga kanan) menyantuni salah seorang penerima suntikan vaksin ketika meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Guchil, di sini, hari ini. FOTO ihsan MEDIA EXCO
Hazira Ahmad Zaidi


Kuala Krai: Kerajaan negeri mahu rakyat mengambil iktibar susulan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku di negara luar disebabkan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak berkenaan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, lebih mengejutkan lagi, sejak kebelakangan ini, kes harian Covid-19 di Kelantan mencatatkan peningkatan.

Katanya, besar kemungkinan peningkatan kes Covid-19 disebabkan perayaan Aidilfitri atau Aidiladha dan mungkin dalam masa sama masyarakat sudah berada terlalu lama dalam pandemik sehingga pematuhan SOP juga semakin longgar.

"Kita nasihatkan, walaupun ada di antara kita yang sudah mendapat satu atau dua dos suntikan vaksin, namun mereka perlu tetap menjaga SOP.

"Mengikut pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri, apabila kita memenuhi vaksinasi dalam jangka masa dua minggu, insya-Allah kes harian Covid-19 di Kelantan akan turun dan itulah harapan kita," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Guchil, di sini, hari ini.

Ahmad berkata, walau bagaimanapun bagi mengekang penularan Covid-19, kerajaan mengambil pendekatan dengan menambahkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selain membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Ogos 2021 @ 1:55 PM