Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara, di sini pada 3.48 petang tadi bagi sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna putih sempat melambai ke arah pengamal media.

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang menaiki kenderaan Toyota Camry berwarna hitam tiba di Pintu Utama Istana Negara pada 2.15 petang tadi.

Perdana Menteri dilapor menghadap Al Sultan Abdullah bagi membincangkan agenda Kabinet termasuk Bajet 2023 yang akan dibentangkan esok.

Bagaimanapun, laporan turut menyebut beliau kemungkinan membincangkan agenda pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya berkesempatan.

KUALA LUMPUR 06 OKTOBER 2022. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelihatan tiba di Istana Negara  bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. NSTP/ASWADI ALIAS.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2022 @ 4:06 PM