Anggota bomba meneliti keadaan kaki kanak-kanak yang tersepit pada besi penutup longkang di Jalan Lombong, Kampung Batu 4 di sini, petang semalam. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba meneliti keadaan kaki kanak-kanak yang tersepit pada besi penutup longkang di Jalan Lombong, Kampung Batu 4 di sini, petang semalam. Foto Ihsan JBPM
Mary Victoria Dass

Kota Tinggi: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kakinya tersepit pada besi penutup parit di Jalan Lombong, Kampung Batu 4 di sini, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di kawasan halaman rumahnya sebelum kakinya tersepit pada besi berkenaan di kediaman terbabit pada 5 petang.

Menurutnya, ibu mangsa cuba mengeluarkan kaki anaknya itu tetapi gagal.

Katanya, ahli keluarga mangsa kemudiannya JBPM bagi mendapatkan bantuan.

"Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 12 anggota ke tempat kejadian

Menurutnya, anggota bomba mengambil masa kira-kira dua minit bagi mengeluarkan kaki mangsa.

"Walaupun terpaksa menahan kesakitan, kanak-kanak itu tidak meronta sebaliknya kelihatan tenang serta mengikut arahan diberikan hingga kakinya berjaya dikeluarkan.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 10:27 AM