Datuk Zahidi Zainul Abidin. Foto NSTP
Datuk Zahidi Zainul Abidin. Foto NSTP
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: "Kita tunggulah dulu, macam-macam lagi. Saya tak tarik sokongan, itu MKT (Majlis Kerja Tertinggi)," kata Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, setakat ini dia masih belum menerima apa-apa makluman dan masih bertugas seperti biasa.

Beliau berkata, beliau yakin pembangkang juga tidak akan mempunyai jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan.

"Tunggulah dulu, awal lagi," katanya yang juga ahli MKT Umno.

Terdahulu, MKT Umno memutuskan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan keputusan itu hari ini menegaskan bahawa parti itu memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN dan Perdana Menteri selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.

Berita berkaitan

Tunggu titah Yang di-Pertuan Agong

Umno tarik sokongan kepada kerajaan, PM

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 7:46 PM