KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun (tiga, kiri) beramah mesra bersama penghuni ketika hadir bagi tinjauan dan pemantauan bagi pemberian vaksin kepada penghuni rumah kebajikan di Rumah Amal Cheshire, Batu Caves hari ini.
-- fotoBERNAMA (2021) HAKCIPTA TERPELIHARA

BERNAMA

Kuala Lumpur: Hampir 19,000 individu Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata hampir 280,000 individu OKU pula sudah berdaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

"Ini menunjukkan peningkatan dan angka ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Kita akan terus mengutamakan warga OKU untuk mendapatkan vaksinasi supaya negara mencapai imuniti kelompok 80 peratus," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin bergerak untuk OKU di Rumah Amal Cheshire Selangor, di sini hari ini.

Rina turut menjelaskan pemvaksinan ke atas OKU yang dijalankan di seluruh negara bukan hanya membabitkan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi turut membabitkan rumah jagaan swasta dan yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan.

Mengenai program vaksinasi di Rumah Amal Cheshire, Rina berkata seramai 25 OKU dan 44 kakitangan di pusat jagaan itu sudah mendapat suntikan dos pertama hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Jun 2021 @ 2:03 PM