Tangkap layar rakaman yang tular di media sosial.
Tangkap layar rakaman yang tular di media sosial.
Zuhainy Zulkiffli


Balik Pulau: Lelaki yang ditahan polis selepas didakwa memberi minuman keras kepada bayi, direman lima hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya memperoleh kebenaran mahkamah untuk menahan reman pekerja sambilan kedai runcit yang berusia 19 tahun itu sehingga 27 Jun.

"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ketika dihubungi, hari ini.

Lelaki itu ditahan polis di sekitar Teluk Bahang di sini, pada 1.30 petang semalam selepas rakaman tular di media sosial menunjukkan dia memberi minuman keras kepada seorang bayi.

Semakan awal mendapati dia mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan merupakan orang dalam pengawasan polis (OPP) di kawasan berkenaan.

Berita berkaitan

Polis cari lelaki suap bayi minuman keras"

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 11:18 AM