RAKAMAN video yang tular. FOTO tular
RAKAMAN video yang tular. FOTO tular
Zuhainy Zulkiffli


Bayan Baru: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang pengasuh dipercayai membaling objek kepada bayi asuhan di sebuah taska di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, sudah ada penahanan dibuat namun enggan mengulas lanjut.

"Sudah ada penahanan (suspek) dan polis masih mengumpul maklumat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, video kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah taska di Bayan Baru itu turut tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran dipercayai dimuat naik oleh ibu bayi itu, seorang wanita dilihat membaling objek kepada bayi ketika mangsa sedang merangkak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 3:42 PM