Zuhainy Zulkiffli


Bayan Lepas: Lelaki beri minuman keras kepada bayi dalam satu video tular sudah ditahan polis di sini, hari ini.

Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan selepas video berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek ditahan di sekitar Teluk Bahang pada 1.30 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai 14 rekod jenayah lampau.

"Suspek juga adalah orang dalam pengawasan polis (OPP) di kawasan berkenaan.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal. FOTO IHSAN PDRM
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal. FOTO IHSAN PDRM

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kamarul Rizal berkata, mangsa kini berada dalam keadaan sihat namun tetap dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

"Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Mac lalu di rumah sewa suspek di Kampung Telok Awak, dekat Teluk Bahang.

"Video berkenaan dipercayai dirakam rakan suspek dan ketika itu bayi lelaki berkenaan baru berusia lima bulan," katanya.

Berita berkaitan

Polis cari lelaki suap bayi minuman keras">Keceriaan terakhir tiga beradik


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Jun 2021 @ 6:37 PM