MAS Imran (tengah) bergambar bersama wakil pengamal media yang menerima sumbangan di pasar raya Econsave di Skudai. FOTO Ihsan Econsave.
MAS Imran (tengah) bergambar bersama wakil pengamal media yang menerima sumbangan di pasar raya Econsave di Skudai. FOTO Ihsan Econsave.
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Seramai 138 pengamal media di Johor menerima sumbangan barang keperluan bernilai RM11,000 daripada pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave).

Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam berkata, pihaknya memberi sumbangan itu sebagai menghargai jasa dan meringankan beban pengamal media ketika pandemik Covid-19.

"Ini pertama kali sumbangan ini diberikan dan sekiranya ada keperluan, bantuan sama akan diberikan kepada pengamal media di negeri lain," katanya selepas penyerahan sumbangan barang makanan di Econsave Taman Teratai, Skudai hari ini.

Mas Imran berkata, sehingga kini Econsave sudah menyampaikan sumbangan bakul makanan bernilai lebih RM300,000 kepada puluhan ribu penerima berkeperluan.

Katanya, minggu lalu, pihaknya menyampaikan sumbangan 1,500 barangan makanan kepada penduduk di Taman Cendana dan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Pasir Gudang.

"Minggu depan, kita akan menyampaikan sumbangan mesin oksigen serta kelengkapan perubatan lain bernilai RM200,000 untuk keperluan wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Klang, Selangor yang akan disempurnakan Menteri Kesihatan Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba," katanya yang memberitahu Econsave akan terus membantu pihak yang memerlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 11:34 PM