PASUKAN Bomba dan Penyelamat Malaysia menyelamatkan sepasang warga emas suami isteri  apabila rumah mereka di masuki air sungai Lanar malam tadi amibat banjir kilat. FOTO ihsan Bomba
PASUKAN Bomba dan Penyelamat Malaysia menyelamatkan sepasang warga emas suami isteri apabila rumah mereka di masuki air sungai Lanar malam tadi amibat banjir kilat. FOTO ihsan Bomba
Roselan Ab Malek


Lipis: Hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan pasangan warga emas terperangkap apabila rumah mereka dinaiki air di Kampung Kuala Lanar dekat sini, malam tadi.

Hujan lebat itu menyebabkan air Sungai Lanar melimpah ke Kampung Kuala Lanar dan memasuki rumah pasangan suami isteri terbabit.

Berikutan itu, mereka menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrul Nizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pasangan itu pada 11.30 malam.

"Pasukan BBP Lipis kemudiannya membuat operasi menyelamat dengan menggunakan bot fiber," katanya.

"Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam untuk membawa mangsa keluar dari lokasi dan mangsa dihantar ke rumah anaknya di Tanjung Lipis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 3:06 PM