FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Asrol Awang


Kuantan: Hanya 34.6 peratus atau 415,000 orang daripada sasaran 1.2 juta orang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin di Pahang, setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah itu bukan pencapaian membanggakan seperti disasarkan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Pahang supaya segera mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin.

"Ini penting ke arah mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat dengan segera, sekali gus membantu memutuskan rantaian penularan wabak pandemik Covid-19 di negeri ini.

"Sehingga kini, peratusan dan jumlah rakyat kita yang mendaftar masih rendah iaitu hanya 34.6 peratus atau 415,000 orang daripada sasaran seramai 1.2 juta orang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri mahu sasaran 1.2 juta orang tercapai demi memelihara kesihatan dan manfaat rakyat Pahang keseluruhannya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 6:39 PM