Kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Dioh di sini, diarah tutup selama 14 hari selepas 400 pekerjanya dikenakan kuarantin susulan lapan pekerja positif Covid-19. FOTO Tular
Kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Dioh di sini, diarah tutup selama 14 hari selepas 400 pekerjanya dikenakan kuarantin susulan lapan pekerja positif Covid-19. FOTO Tular
Mohd Amin Jalil


Kuala Pilah: Kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Dioh di sini, diarah tutup selama 14 hari selepas 400 pekerjanya dikenakan kuarantin susulan lapan pekerja positif Covid-19.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, keputusan itu diperoleh hasil saringan dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM), Rabu lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) daerah berkata, keseluruhan pekerja kilang berkenaan adalah warga Bangladesh.

"Kini kesemua pekerja kilang terbabit sedang dikuarantin dan ada yang masih menunggu keputusan ujian RT-PCR.

"Kawalan dan pemantauan akan terus dilaksanakan terhadap kilang berkenaan untuk memastikan mereka mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya mengingatkan orang ramai terutama di daerah itu supaya terus mematuhi SOP ditetapkan bagi memastikan usaha memutuskan rantaian pandemik itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 11:10 AM