Roslan Atan, 48, dari Kampung Pok Pa sedang menjalankan perkhidmatan permanian berhadas. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Roslan Atan, 48, dari Kampung Pok Pa sedang menjalankan perkhidmatan permanian berhadas. FOTO AHMAD RABIUL ZULKIFLI
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: "Perkhidmatan permanian beradas untuk lembu baka boleh dijalankan seperti biasa kerana saya dibekalkan surat kebenaran," kata Roslan Atan.

Roslan, 48, dari Kampung Pok Pa, di sini, menyediakan perkhidmatan permanian beradas untuk lembu baka sejak lebih 10 tahun lalu.

Katanya, permintaan terhadap perkhidmatan itu tetap tinggi biarpun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerana dia mempunyai surat kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Bagaimanapun, saya perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk pemakaian pelitup muka.

"Selain menyediakan perkhidmatan permanian beradas untuk lembu baka, saya turut menjadi bidan lembu jenis baka melahirkan anak," katanya ketika ditemui menjalankan perkhidmatan permanian beradas di Kampung Pak Madah, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia pernah menawarkan perkhidmatan pemanian beradas itu kepada 24 lembu sehari dan kebiasaannya antara lapan hingga 10 ekor sehari.

Katanya, khidmatnya bukan hanya di Terengganu, malah ke negeri lain termasuk Negeri Sembilan terhadap pelbagai benih lembu baka seperti charolais, limosin, mega blue dan blonde.

"Paling mendapat sambutan sekarang ialah benih lembu baka limosin dan setiap perkhidmatan permanian beradas dikenakan caj RM90 ke atas bergantung kepada lokasi kandang penternak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Mei 2021 @ 2:50 PM