MAYAT tanpa identiti ditemukan terapung oleh nelayan. FOTO ihsan pembaca
MAYAT tanpa identiti ditemukan terapung oleh nelayan. FOTO ihsan pembaca
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Mayat tanpa identiti ditemukan terapung oleh nelayan, 1.5 batu nautika barat laut Sungai Lurus, Senggarang, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 5.50 petang.

"Mayat dipercayai seorang lelaki yang belum dikenal pasti indentitinya itu berada dalam keadaan sudah reput dan tidak sempurna.

"Mayat mangsa dibawa ke jeti nelayan Sungai Lurus Senggarang oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum diserah kepada pihak polis pada 7.50 malam," katanya ketika dihubungi dekat sini.

Ismail berkata, mayat berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 1:08 PM