SHARIMAN (kanan) mengetuai operasi pemeriksaan penumpang feri yang tiba di jeti Kuah dari Kuala Kedah. FOTO Ihsan PDRM
SHARIMAN (kanan) mengetuai operasi pemeriksaan penumpang feri yang tiba di jeti Kuah dari Kuala Kedah. FOTO Ihsan PDRM
Hamzah Osman

Langkawi: Polis melakukan pemantauan ketat terhadap orang ramai di Terminal Feri Penumpang di Kuah, di sini, bagi memastikan setiap penumpang feri mempunyai surat kebenaran.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, selain penumpang yang berlepas, pemeriksaan turut dilakukan kepada penumpang yang tiba di jeti Kuah dari Kuala Kedah.

"Hari ini kita melakukan pemeriksaan mulai 4.45 petang hingga 6 petang membabitkan penumpang yang tiba dari Kuala Kedah.

"Kesemua penumpang mempunyai surat kebenaran pergerakan daripada PDRM, majikan dan temu janji perubatan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Shariman berkata, pemeriksaan dilakukan empat pegawai dan 14 anggota polis dengan bantuan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jabatan Laut.

"Semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dikurangkan kepada satu perjalanan sehari susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 9:00 PM