GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Sebanyak 17 kes Covid-19 varian Afrika Selatan dikesan di Kelantan terutama di Tumpat dan Tanah Merah, setakat ini.

Pengarah Jabatan KesihataWn Negeri Datuk Dr Zaini Hussin bagaimanapun berkata, ia bukan daripada keseluruhan kes kerana tidak semua kes diambil sampel untuk ujian varian.

"Kes berkenaan kebanyakannya dikesan di Tumpat dan Tanah Merah. Untuk kes varian Afrika Selatan, kita mengambil sampel dari beberapa kluster untuk ujian varian.

"Bukannya semua mereka yang positif akan dibuat ujian untuk menentukan varian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kewujudkan varian Afrika Selatan B.1.351 di Kelantan dipercayai daripada penduduk di negeri ini yang hadir kenduri di Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin dilaporkan berkata, varian itu dikesan hasil pergerakan rentas negeri.

Mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan Mukim Bunut Susu, Dr Zaini berkata, setakat ini proses ujian calitan pertama sudah selesai dilakukan.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 200 penduduk membabitkan tiga kampung di mukim berkenaan positif Covid-19 hasil ujian saringan dilakukan selain tiga kematian direkodkan.

"Dalam kampung berkenaan, kes Covid-19 terbahagi kepada dua iaitu merebak dalam kluster dan jangkitan yang tidak dapat dikaitkan dengan kluster," katanya.

Lagi berita berkaitan Covid-19

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 4:35 PM