ANTARA barang yang dirampas. FOTO IHSAN PDRM
ANTARA barang yang dirampas. FOTO IHSAN PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sindiket pengedaran minuman keras dipercayai tidak membayar cukai kastam yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang tumpas susulan penahanan enam lelaki dalam Op Kontraban di Klang, Selangor, semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Azri Ahmad berkata, bertindak atas maklumat orang awam, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas (PGK) JKDNKA melancarkan serbuan.

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri empat lelaki tempatan dan dua lelaki warga Myanmar berusia 28 hingga 37 tahun.

"Turut dirampas 482 kotak minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai bernilai RM85,320, serta tiga kereta dan sebuah lori dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM285,320.

"Suspek ditahan dan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 6:26 PM