Dadah jenis syabu seberat 6.09 kilogram yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Inderasabah, dekat sini, tengah hari kelmarin. FOTO Ihsan PDRM
Dadah jenis syabu seberat 6.09 kilogram yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Inderasabah, dekat sini, tengah hari kelmarin. FOTO Ihsan PDRM
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Polis menahan lima beranak dan merampas 6.09 kilogram dadah syabu dianggarkan bernilai RM240,000 di sebuah rumah di Kampung Inderasabah, Batu 24 Jalan Apas dekat sini, kelmarin.

Suspek yang juga pasangan suami isteri berusia 61 tahun ditahan bersama tiga anak lelakinya masing-masing berusia tujuh, 25 dan 39 dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, hasil pemeriksaan ke atas salah satu bilik di rumah berkenaan menemukan sebuah kotak berwarna coklat yang disembunyikan di bawah meja.

"Apabila diperiksa didapati di dalam kotak terbabit mengandungi enam bungkusan berbalut plastik lut sinar yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Peter berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan sumber dadah berkenaan diperoleh.

Katanya, semua suspek kini ditahan direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Berdasarkan semakan, kesemua mereka tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

"Bagaimanapun, hasil ujian saringan air kencing mendapati salah seorang daripada lima beranak itu positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 5:56 PM