Gambar hiasan
Gambar hiasan
BERNAMA

BERIKUT adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi 9 Mei 2020.

1. Rapid KL menafikan kesesakan dalam tren yang tular di media sosial berlaku dalam gerabak transit aliran ringan (LRT) miliknya dan menegaskan kejadian itu tiada kena mengena dengan perkhidmatan Rapid KL.

2. Pihak Pengurusan Premier Hotel Sibu, Sarawak menafikan dakwaan bahawa dua daripada 98 pelajar yang dikuarantin di hotel itu keluar mendapatkan rawatan kerana demam panas di klinik tanpa pengetahuan pihak hotel. Pihak Premier Hotel sebagai pusat kuarantin yang diwartakan menegaskan hotel berkenaan dikawal rapi oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 11:03 AM