WANITA dan teman lelaki antara yang ditahan dalam Operasi Cegah di sekitar Besut. FOTO Ihsan AADK Besut
WANITA dan teman lelaki antara yang ditahan dalam Operasi Cegah di sekitar Besut. FOTO Ihsan AADK Besut
Nurul Fatihah Sulaini


Jertih: Janda anak empat dan teman lelakinya antara lima yang ditahan dalam Operasi Cegah di dua lokasi di daerah Besut, pada 1 pagi hari ini.

Wanita berusia 34 tahun dan teman lelaki berusia 28 ditahan di sebuah rumah di Kampung Apal, Jabi dekat sini, manakala tiga lelaki berusia antara 25 hingga 34 tahun ditahan di lokasi lain.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, ketika ditahan janda turut membawa anak-anaknya yang berusia tiga hingga 11 tahun yang turut kelihatan terabai.

Katanya, ini kali pertama wanita berkenaan ditahan.

"Hasil siasatan awal mendapati dia mula terbabit dengan aktiviti penagihan dadah sejak tiga tahun lalu selepas terpengaruh dengan bekas suami.

"Saringan ujian air kencing ke atas kelima-lima suspek positif Methamphetamine," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 April 2021 @ 1:49 PM