Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: "Saya mahu supaya ada keputusan pemilihan dahulu, lepas itu baru fikir nak bertanding apa," kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Beliau mengulas mengenai jawatan yang akan ditandinginya sekiranya pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu turut menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan supaya menyegerakan keputusan berhubung status pemilihan.

"Sekarang ini, belum ada keputusan daripada MKT sama ada nak tangguh atau nak adakan pemilihan parti.

"Bagi saya, MKT kena buat keputusan adakan pemilihan dan jangan tangguh lagi," katanya.

KHAIRY Jamaluddin. FOTO Mikail Ong
KHAIRY Jamaluddin. FOTO Mikail Ong

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Khairy mendakwa bahawa pemilihan parti menjadi satu-satunya cara bagi menyelesaikan kemelut dalaman Umno.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan bahawa pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun ini tidak perlu ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 April 2021 @ 4:30 PM