MUHYIDDIN beramah mesra dan bersarapan bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
MUHYIDDIN beramah mesra dan bersarapan bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan.
BERNAMA

Muar: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merasmikan premis dan trak makanan Fani Soy, milik sebuah syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera yang mengeluarkan produk berasaskan kacang soya di Felcra Bukit Kepong di Labis dekat sini.

Ketibaan Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di FN Maju Enterprise pada kira-kira 9 pagi disambut oleh pemilik syarikat itu Noraini Ismail bersama suami Mohd Fazri Mohd Saimi.

Muhyiddin dan Noorainee kemudian diberikan penerangan mengenai operasi syarikat selain turut mencuba satu daripada produk keluaran syarikat berkenaan iaitu tau fu fa berperisa pandan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong Datuk Dr Shahruddin Jamal.

Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 20 minit di situ sebelum menghadiri program sarapan pagi bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 10:58 AM