GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 452,919 individu di negara ini sudah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini berkata, daripada jumlah itu, seramai 422,058 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 30,861 individu sudah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin itu.

Tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang menerima dos pertama vaksin tersebut iaitu Selangor (55,763), Perak (49,053) dan Sabah (40,842).

Ini diikuti Kuala Lumpur (36,616), Sarawak (35,913), Pahang (33,257), Johor (30,868), Pulau Pinang (29,568), Kedah (26,287), Kelantan (19,716), Terengganu (19,090), Negeri Sembilan (17,884), Melaka (10,727), Perlis (9,526), Putrajaya (4,605) dan Labuan (2,343).

Bagi individu yang sudah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin berkenaan pula, tiga negeri mencatatkan jumlah tertinggi iaitu Sarawak (9,537), Pahang (3,677) dan Kuala Lumpur (2,722).

Diikuti Johor (2,609), Perak (2,363), Kedah (1,896), Kelantan (1,879) Sabah (1,167), Selangor (1,017), Labuan (911), Pulau Pinang (721), Negeri Sembilan (530), Putrajaya (519), Perlis (504), Terengganu (442) dan Melaka (367).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mac 2021 @ 4:44 PM