GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Sabak Bernam: Sepuluh kawasan di Sungai Air Tawar, di sini, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Jalan Sungai Air Tawar, Pekan Bagan Nakhoda Omar (BNO), hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, pihaknya terpaksa menutup bekalan air pada 8.40 malam untuk melaksanakan kerja pembaikan paip pecah itu.

"Proses pembaikan sedang berlangsung. Segala usaha diambil bagi mempercepatkan kerja pembaikan serta meminimumkan impak gangguan kepada pengguna.

"Sasaran awal kerja pembaikan dijangka selesai pada 4.40 pagi esok.

"Kawasan yang terjejas ialah Tebuk Jawa, Bagan Nakhoda Omar (BNO), Kampung Perenggan, Sungai Air Tawar, Sungai Tengar, Parit Baru, Sungai Apong, Teluk Rhu, Bagan Teluk Rhu dan Bagan Beting Kepah," katanya.

Menurutnya, status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300. Segala kesulitan amat dikesali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 10:58 PM