BERNAMA

Makkah: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di sini, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang memasuki Kaabah.

Isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut bersama menunaikan Umrah hari ini.

Muhyiddin berada di Arab Saudi bagi lawatan rasmi empat hari bermula semalam atas undangan Raja Arab Saudi dan penjaga dua masjid suci Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri dan isteri selesai menunaikan Umrah pada jam 10 malam, Sabtu (3 pagi Ahad waktu Malaysia).

MUHYIDDIN ketika menyampaikan Perutusan Khas di Bangunan Perdana Putra hari ini. FOTO Bernama
MUHYIDDIN ketika menyampaikan Perutusan Khas di Bangunan Perdana Putra hari ini. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 11:44 AM