TAN Sri Muhyiddin Yassin. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
TAN Sri Muhyiddin Yassin. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
M Hifzuddin Ikhsan


Kangar: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis hari ini, bagi meninjau pembangunan negeri serta bertemu pimpinan Perikatan Nasional (PN) Perlis.

Beliau yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pagi ini, mengadakan pertemuan tertutup bersama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Pejabat Menteri Besar pagi ini, bagi mendengar taklimat pembangunan negeri.

Muhyiddin kemudian dijadual menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Arau.

Selesai majlis itu, Perdana Menteri bersama Azlan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau dan kemudian terus menghadiri Majlis Perjumpaan Perikatan Nasional (PN) Perlis di sebuah hotel.

Mengakhiri lawatan, Muhyiddin dijangka melawat Pusat Vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial sebelum berlepas pulang ke ibu negara dengan menaiki pesawat khas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 10:24 AM