BUBU naga yang dirampas di perairan Pulau Talang, Pantai Remis, Manjung. FOTO Ihsan CPS Kampung Acheh
BUBU naga yang dirampas di perairan Pulau Talang, Pantai Remis, Manjung. FOTO Ihsan CPS Kampung Acheh
Noor Hidayah Tanzizi

Manjung: Jabatan Perikanan Perak merampas 147 set bubu naga di enam lokasi berasingan di sekitar Pulau Talang, Pantai Remis, di sini.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, rampasan itu dilakukan di kedudukan 0.4 batu nautik Tanjung Batu hingga ke 8.7 batu nautika Pulau Talang pada kelmarin dan semalam.

Menurutnya, setiap satu set bubu naga itu sepanjang enam meter dan nilai rampasan adalah RM11,760.

"Operasi dilakukan hasil aduan awam dan mendapati ada individu tidak bertanggungjawab memasang bubu naga di lokasi berkenaan.

"Sebanyak 147 set bubu naga dirampas dan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 2:37 PM