Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kerajaan menafikan rentas negeri tidak menyumbang kepada kenaikan kes Covid-19 di negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuan utama larangan rentas negeri diperkenalkan adalah untuk mengelak penularan jangkitan.

Menurutnya, ia terbukti apabila kerajaan memberi kelonggaran untuk merentas negeri, wujudnya kluster balik kampung.

"Sebab itu, kerajaan adakan larangan rentas negeri kerana berlaku kes membabitkan rentas negeri sehingga wujud kluster balik kampung.

"Oleh itu, tidak betul ada yang menyatakan bahawa rentas negeri tidak menyumbang kenaikan kes Covid-19 sedang ia juga menjadi penyebab penularan wabak itu," katanya pada sidang media, MKN, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak lagi berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tidak kira di bandar atau di kampung.

"Tindakan akan diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar SOP sama ada di bandar mahupun di kampung kerana virus ini tidak mengenal status dan tempat," katanya.

JAMBATAN sempadan Tanjong Malim-Hulu Bernam yang menghubungkan daerah Hulu Selangor dan daerah Muallim di Tanjong Malim juga sempadan negeri Selangor dan Perak. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
JAMBATAN sempadan Tanjong Malim-Hulu Bernam yang menghubungkan daerah Hulu Selangor dan daerah Muallim di Tanjong Malim juga sempadan negeri Selangor dan Perak. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 7:04 PM